Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis ucap tahniah kepada penerima anugerah

62
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 22 Mei: PASTI Negeri Perlis mengucapkan tahniah kepada tiga orang gurunya yang terpilih menerima anugerah pada Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2022 di Hotel Bayview Langkawi, semalam.

Pengarahnya, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, ketiga-tiga orang guru tersebut berjaya menepati kriteria yang telah ditetapkan bagi menerima anugerah-anugerah berkenaan.

“Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Perlis bagi tahun ini menjadi milik Cikgu Noorul Nadia Rosdi sementara Cikgu Mashitoh Omar pula menerima anugerah Guru Lama Berkhidmat PASTI Negeri Perlis 2022.

“Turut berjaya naik ke pentas menerima hadiah ialah Cikgu Nor Nasuha Azmi yang dipilih selaku Guru Inovatif PASTI Negeri Perlis 2022.

“Kepada semua penerima anugerah, kami di PASTI Negeri Perlis merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih atas khidmat cemerlang yang telah diberikan,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

PASTI Negeri Perlis ujarnya, turut berharap agar anugerah yang diterima akan menjadi inspirasi buat mereka untuk terus berbakti serta menjadi pencetus motivasi buat guru-guru yang lain dalam mencapai kecemerlangan.