Home Artikel PAS Johor

LAWATAN KERJA SRITI JOHOR KE SRITI TAHFIZ AL-AZHAR

69 views
SHARE

LAWATAN KERJA SRITI JOHOR KE SRITI TAHFIZ AL-AZHAR

16 JUN 2019: Lawatan kerja SRITI Johor ke SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading telah berlangsung pagi semalam. Rombongan SRITI Johor diketuai oleh Pengarah SRITI Johor yang baru iaitu Dr Ashraf Ismail berserta beberapa ALP SRITI Johor.

Lawatan kerja kali ini memfokus kepada 3 aspek utama iaitu kaedah Pengajaran & Pembelaharan (P&P) bagi subjek Tahfiz Quran & Sunnah (TQS), penaziran guru serta perbincangan dua hala.

Alhamdulillah, dibawah kepimpinan baru, fokus SRITI Johor kali ini membantu sekolah bagi meningkatkan mutu P&P setiap guru dengan mengadakan kursus yang bersesuai dengan tenaga pakar luar serta membantu pihak sekolah menyelesaikan perkara berbangkit

Banyak perkara yang dapat dari hasil lawatan kerja berkenaan penambahbaikan kaedah P&P bagi subjek TQS. Begitu juga kaedah P&P dalam kelas, beberapa aspek perlu dipertingkatkan dan diberi perhatian. Terima kasih diucapkan kepada pengarah baru atas pencerahan idea serta pandangan dalam mengurus tadbir sekolah.