Home Kenyataan Media Presiden PAS

Takziah Pemergian As-Syahid Dr Mohamed Morsi

378 views
SHARE


TAKZIAH PEMERGIAN AS-SYAHID DR MOHAMED MORSI

Kami mendapat perkhabaran sedih dan berdukacita di atas pemergian bekas Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi selepas menghadiri perbicaraan mahkamah di Kaherah.

Kami menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga Dr Mohamed Morsi serta saudara seperjuangan Ikhwanul Muslimin dan seluruh rakyat Mesir.

Sesungguhnya dunia Islam kehilangan seorang pejuang yang akan dikenang di atas keberanian dan kesabaran menghadapi tekanan demi memperjuangkan keadilan untuk Mesir dan rakyatnya, serta perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin.

Kami menggesa pihak berkuasa di Mesir dan agensi antarabangsa untuk melakukan siasatan bebas dan menyeluruh terhadap punca kematian Dr Mohamed Morsi, termasuklah penjagaan beliau ketika di bawah pengasingan bersendirian selama ini.

Kami turut menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk mendirikan solat jenazah ghaib, dan semoga roh Dr Mohamed Morsi ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan hamba-Nya yang soleh.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

……………………………….

CONDOLENCES OVER DR MOHAMED MORSI’S DEMISE

We received with great sorrow the news of the sudden death of former Egypt’s President, Dr Mohamed Morsi after appearing in court of Cairo.

We convey our deepest condolences to his family as well as our fellow Muslim Brotherhood and Egyptian people.

Muslim world has lost a true hero, and Morsi stood tall in the face of all pressures and long struggle for Egypt’s justice and its people, and primarily the Palestinian cause.

We call on Egyptian and international authorities to conduct an impartial and transparent investigation into the circumstances of Morsi’s death, including his solitary confinement and mistreatment.

We also call all Muslims to hold funeral prayers in absentia across Malaysia, and may Allah rest our martyr’s soul in peace.

We belong to God and to Him we shall return.

ABDUL HADI AWANG
President,
Malaysian Islamic Party (PAS)

TAKZIAH PEMERGIAN AS-SYAHID DR MOHAMED MORSIKami mendapat perkhabaran sedih dan berdukacita di atas pemergian bekas…

Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on Monday, June 17, 2019