Hari ini, YAB Menteri Besar Kedah mengadakan lawatan kerja ke Langkawi.
Lokasi pertama adalah di Markaz Wilayah Laut 3 Tentera Laut DiRaja Malaysia (MAWILA 3).
Lawatan kerja ini disambut oleh Laksamana Pertama Abd Hamid Ali, Panglima Wilayah Laut 3.
Dalam lawatan ini, YAB Menteri Besar telah diberi taklimat berkaitan keselamatan.