Home Artikel PAS Wilayah

Takziah Ahli Keluarga Al Marhum Tuan Haji Subky Latif

485
SHARE

*TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA SUBKY ABDUL LATIF*

PAS Kawasan Titiwangsa merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Subky Abdul Latif.

Beliau merupakan penceramah jemputan bulanan untuk slot Tarbiyyah Mingguan PAS Kawasan di dalam program Himpunan Malam Jumaat di Darul Ummah, Markaz PAS Kawasan Titiwangsa.

AJK PAS Kawasan Titiwangsa sentiasa menghargai dan mengenang jasa Pak Subky menyampaikan kebenaran dan kebaikan melalui kolum khas dalam akhbar Harakah dan juga sesi program tarbiyyah yang lain jika beliau dijemput mengisi slot tersebut.

PAS Kawasan Titiwangsa mendoakan semoga Allah SWT menerima segala amalan dan mengampunkan dosa-dosa serta menempatkan Allahyarham Subky Abdul Latif, bersama orang-orang beriman.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ اكْتُبْهُ فِي الْمُحْسِنِينَ، وَاجْعَلْ كِتَابَهُ فِي عِلِّيِّينَ، وَأَخْلِفْ عَلَى عَقِبِهِ فِي الْآخَرِينَ، اللهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ “

Maksudnya :

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang meninggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.”.

*HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP*

Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.

23 Ju

*TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALMARHUM TUAN HAJI SUBKY ABDUL LATIF*
(23 Jun 2020)

Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Tuan Haji Subki bin Abdul Latif, Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat di atas pemergian beliau pada hari ini jam 11.00 pagi tadi.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Almarhum Tuan Haji Subky adalah permata yang sentiasa menyinari perjuangan Islam di Malaysia melalui pena dan kepimpinannya. Ketokohan beliau dalam kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan selaku Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dari tahun 2001-2007 meninggalkan kesan yang mendalam sehingga melahirkan tokoh-tokoh kepimpinan negara yang hebat pada hari ini.

Pengalaman luasnya serta penglibatan tokoh ini dalam dunia politik negara memberi impak yang besar kepada rakyat sehingga beliau disegani oleh rakan dan kawan. Tidak ada istilah mengalah atau mengundur diri dalam era politik buat beliau dan beliau telah buktikan sehingga ke akhir hayat masih memegang jawatan sebagai Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat.

Kekuatan dan kelebihan utama beliau dalam penulisan dapat memugar pemikiran segar ke arah hala tuju politik negara. Alhamarhum Tuan Haji Subky sangat istiqomah dalam penulisan di Harakah sehingga menarik minat golongan pembaca yang mengkagumi beliau dan menekuni perkembangan semasa. Beliau juga kerap mengasah bakat-bakat generasi muda dengan teknik penulisan yang begitu kritis dan kreatif.

Akhir sekali kami mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama insan solehin yang diredhai di sisiNya. Kami juga mengharapkan semoga keluarga Almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah

*UST HJ MD ALI JAMIL*
*Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan*