Home Artikel PAS Kedah

YB ADUN Ayer Hitam menyampaikan amanah kerajaan kepada rakyat

973
SHARE

Ayer Hitam | 23 Jun 2020. Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam meneruskan pemberian sumbangan khairat kematian kepada 6 oranh waris yang telah membuat permohonan di Pejabat Pusat khidmat Wakil rakyat DUN Ayer Hitam tengahari tadi.

Sumbangan disampaikan oleh ADUN Ayer Hitam YB Haji Azhar Bin Ibrahim kepada waris-waris dan turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan ini merupakan sumbangan daripada kerajaan Negeri Kedah yang meluluskan peruntukan sebanyak RM300 untuk setiap kematian. Semoga dapat mengukirkan kembali senyuman dan menceriakan suasana selepas kehilangan insan yang tersayang.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”