Home Artikel PAS Johor

Lawatan kerja mahabbah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Johor ke Kelantan

176
SHARE

Selasa, 24hb Disember 2019 –

Lawatan kerja & mahabbah oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ), Ahmad Al Johari Mohd Yusof ke pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan (BPPNK) hari ini disambut oleh Setiausaha BPPNK, YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Puan Norsiyati Mamat, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Johor. Mengiringi Setiausaha BPPNK ialah Hj Mohd Yasin bin Yusoff (Setiausaha Kerja), Hj Wan Zulkiflee bin Wan Mohamed (Pegawai Penerangan), Hj Mohd Razali bin Yusof (Pegawai Kewangan), Ustaz Mohd Sobri bin Mat Yaakub (Pegawai Khas SU Perhubungan), Mas Rozita binti Mas Mohamed (Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan) dan Datin Saleha binti Yacob (isteri YB Dato SUP BPPNK).

Di dalam pertemuan selama dua jam, Setiausaha BPPNJ telah diberi penerangan dan taklimat mengenai sejarah dan perkembangan terkini PAS Kelantan termasuk lawatan di galeri PAS Kelantan dan persembahan video khas PAS Kelantan.

Di dalam pertemuan tersebut juga , telah berlaku perbincangan dua hala dan bertukar-tukar maklumat mengenai isu pentadbiran parti di antara kedua-dua pihak.

Setiausaha BPPNJ merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada BPPNK, khususnya kepada YB Dato Setiausaha Perhubungan di atas kesudian menerima kehadiran Setiausaha BPPNJ dan penghargaan kepada BPPNK yang sudi berkongsi pengalaman dan nasihat untuk memantapkan lagi kerjasama dan perjalanan pentadbiran parti di peringkat negeri.