Home Artikel PAS Johor

Bantah Tulisan Jawi Perbuatan Biadap!

319
SHARE

Bantah Tulisan Jawi Perbuatan Biadap!

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor menyifatkan tindakan Pertubuhan Dong Jiao Zong untuk mengadakan persidangan pada 28 Disember bagi membantah pelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular adalah sangat biadap dan tidak bertamadun”,kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor,Normala Sudirman.

“Tindakan untuk mengadakan persidangan bagi memprotes tulisan Jawi pada 28 Disember ini adalah sangat memalukan dan menghina budaya orang Melayu serta telah menghiris hati ummat Islam di Malaysia”,tegasnya lagi yang juga merupakan AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

“Tidak ada sebab kenapa tulisan Jawi tidak boleh diperkenalkan di sekolah vernakular, walhal garis panduan pelajaran tulisan Jawi sudah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia”,katanya.

“Perhimpunan dan persidangan yang bakal diadakan untuk memprotes tulisan Jawi ini amat memalukan dan telah menghina seni tulisan dan budaya orang Melayu ,serta majoriti rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Normala juga turut mempersoalkan tindakan kerajaan PH yang masih lagi berpeluk tubuh, sedangkan pertubuhan Dong Jiao Zong layak diharamkan di negara ini,kata Normala yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang.

“Tidakkah tindakan tegas boleh diambil terhadap Dong Jiao Zong di atas tindakan mereka yang telah banyak menimbulkan masalah terhadap keharmonian rakyat di Malaysia dan bertindak biadap sehingga menganggu sensiviti ummat Islam di negara ini? “soalnya lagi?

PENDIDIK mengharapkan agar pihak polis mengambil tindakan dengan tidak membenarkan persidangan itu berlangsung bagi memastikan keamanan negara ini dapat dikekalkan.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang telah memutuskan bahawa sebenarnya tulisan Jawi adalah sebahagian dari Bahasa Melayu melalui Pesuruhjaya Kehakiman ,Datuk Amarjeet Serjit Singh adalah bukti bahawa pelaksanaan matapelajaran Jawi tidak bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan serta boleh diajar di Sekolah Vernakular(SRJKC dan SRJKC) dalam persada pendidikan negara”tegasnya.

“Berdasarkan kenyataan di atas seharusnya tidak ada pihak yang boleh menghalang pelaksanaan matapelajaran Jawi diajar di sekolah.Jika ada pihak yang meneruskan penentangan tersebut mereka boleh dianggap telah menghina keputusan mahkamah dan boleh dianggap menentang Perlembagaan Persekutuan” kata Normala lagi.

Terdahulu, memetik daripada portal Malaysia Gazette melaporkan bahawa Persatuan Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Dong Jiao Zong turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.