Home Berita PAS Sabah

RAPATKAN KEKELUARGAAN SEMPENA HARI NATAL

622
SHARE

1. Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah menyarankan masyarakat Sabah untuk saling merapatkan hubungan kekeluargaan sempena Hari Natal tahun ini.

2. Saya memahami masyarakat Sabah merupakan masyarakat majmuk yang pelbagai agama. Saya sendiri mempunyai saudara mara yang berbeza agama.

3. Jangan jadikan perbezaan agama sebagai tembok pemisah untuk bersatu dan merapatkan hubungan.

4. PAS sendiri amat meraikan kepelbagaian agama ini dan mesti saling hormat menghormati antara satu dengan lain.

5. Masyarakat Sabah sudah lama hidup dalam kepelbagaian dan jadikan kepelbagaian ini sebagai satu keunikan yang mendatangkan keharmonian dan kesatuan.

SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah
25 Disember 2019