Home Artikel PAS Johor

LAWATAN ANAK-ANAK PASTI MUAR KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH

250 views
SHARE

LAWATAN ANAK-ANAK PASTI MUAR KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH

Oleh : Sharifah Ajil

MUAR : PASTI Kawasan Muar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka Bandar Bersejarah semalam.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar di luar bilik darjah dengan meneroka serta memahami secara langsung persekitaran murid-murid PASTI sendiri. Di samping juga dapat membina daya fikir menjadi lebih kritis dan peka kepada alam sekitar.

Sejumlah 77 orang murid beserta 20 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. Program ini turut juga disertai empat buah keluarga murid.

Antara tempat yang dilawati ialah ke Zoo Negeri Melaka, Muzium Bahtera dan berhenti rehat untuk menunaikan solat Zohor dan Asar di Masjid Selat Melaka.

Solat secara berjemaah telah diimamkan oleh salah seorang murid dari Pasti Amaliyyah iaitu Muhamad Adam Rayqal Mohd Syafiq. Solat berjemaah anak-anak PASTI ini telah mencuri tumpuan beberapa individu hingga menarik minat mereka untuk menghulurkan sumbangan iklhas kepada PASTI.