Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

P165 Tg Piai;Muslimat PAS sokong Penuh Calon BN

488 views
SHARE

P165 Tg Piai;Muslimat PAS sokong Penuh Calon BN

PONTIAN -Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, PAS membuktikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dengan memberikan sokongan kepada keputusan parti BN di atas semangat kebersamaan di dalam Muafakat Nasional.

“Kini kita sebagai blok pembangkang berada di kedudukan yang utuh yang mana pengundi PAS dan Umno pasti akan memberikan sokongan penuh kepada calon MCA bagi mengurangi kerusi PH di parlimen.

“PRK yang bakal berlangsung ini bagi menentukan Ahli Parlimen Tg Piai. Pilihan yang bijak dan tepat oleh rakyat Tg Piai adalah penanda aras kepada keadaan semasa rakyat sama ada masih meyakini pimpinan kerajaan PH atau sebaliknya.

“Berdasarkan janji-janji palsu PH, rakyat hendaklah meyakini bahawa PH tidak lagi layak diberi ruang mentadbir negara dan memberi signal menolak PH dalam PRK ini. Bukan itu sahaja, mereka (pemimpin Melayu PH) kini dibawah telunjuk DAP dalam blok kerajaan termasuklah hal berkaitan agama Islam, ” bidas Dr Najihah.

Sebagai  sokongan yang padu, Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Noraini Hussin berkata pergerakan petugas Halwa adalah mengikut penyusunan Jabatan Pilihanraya Negeri masing-masing dan pergerakan petugas adalah mengikut jadual  Gelombang yang telah disusun.