Home Artikel PAS Johor

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN TEBRAU : PANDANGAN DAN PENDIRIAN TERHADAP CALON BARISAN NASIONAL PARLIMEN P.165 TANJUNG PIAI

484 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN TEBRAU : PANDANGAN DAN PENDIRIAN TERHADAP CALON BARISAN NASIONAL PARLIMEN P.165 TANJUNG PIAI

Pengisytiharan calon Parlimen P.165 Tanjung Piai telah dilaksanakan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). Pelbagai spekulasi yang ditimbulkan, namun bagi PAS Kawasan Tebrau yang merupakan pendokong dan petugas di peringkat akar umbi, berkeyakinan penuh dengan Allah SWT. Kami akan terus melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh pimpinan PAS untuk terus membantu atas dasar Muafakat Nasional dan sebagai rakan pembangkang Penyatuan Ummah.

Boleh jadi sesuatu yang kita sukai belum tentu baik untuk kita. Sebaliknya boleh jadi sesuatu yang kita tidak sukai, itulah yang terbaik diinginkan oleh Allah SWT buat kita.

Teruskan kerja kita di dalam setiap pengarahan yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan. Yakin akan keberkatan yang bakal diturunkan oleh Allah SWT. Musuh akan sentiasa mencari ruang dengan kesempatan yang ada bagi memusnahkan setiap perancangan (yang membawa kepada rahmat Allah SWT). Tentunya ada seribu hikmah yang kita sendiri tidak ketahuinya. Laksanakan tugas kita seiring dengan syariat. Maka Nusra Allah akan sampai kepada mereka-mereka yang sentiasa sabar menghadapi ujian-Nya dan teruskan pergantungan dengan-Nya.

Renungilah akan firman Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 200 :
يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابر ا و رابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
“Bermaksud : (Wahai orang-orang yang beriman) Bersabarlah kamu, dan jadilah kamu orang yang sentiasa bersabar dan berpegang teguhlah kamu dengan ikatan Allah. Mudahan2 kamu dikalangan orang-orang yang berjaya.”

Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tebrau,
Al-Fadhil Ustaz Khirul Muntanazar Ismail