Home Berita PAS Kedah

IMTAC Tahfiz Mandarin Pertama Di Utara

281
SHARE

KULIM – Akademi Tahfiz Mandarin Antarabangsa (IMTAC) merupakan maahad tahfiz al-Quran pertama yang menawarkan pembelajaran Bahasa Mandarin di Utara tanah air.

Pengasas IMTAC, Ustaz Muhammad Ibrahim berkata, pengalamannya belajar di China telah mencetuskan idea untuk mewujudkan maahad sedemikian di Jalan Bukit Awi, di sini.

Dihasratkan juga untuk menawarkan kepelbagaian kemahiran di maahad ini yang baru memulakan operasi awal tahun ini, IMTAC merupakan cawangan ketiga di Malaysia diuruskan oleh beliau.

Pada masa ini, IMTAC menyewa di sebuah bangunan kediaman dengan 11 pelajar dan dua tenaga pengajar yang turut dibantu Persatuan Cina Muslim (MACMA) Cawangan Kulim.

Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Mad China atau UMC pernah menjadi Calon PAS N16 Sungai Tua, Selangor juga mahu menjadikan IMTAC sebagai pusat pelancongan pendidikan tahfiz khusus disasarkan kepada kaum Tionghua terutamanya.

Kerana menurutnya, selain keunikan untuk mengenalkan cahaya Al-Quran kepada semua manusia, pusat itu juga membawakan ciri seni rekabentuk ala-Cina Muslim di negara Tembok Besar itu.

Para dermawan boleh menyokong usaha ini menerusi sumbangan ke akaun Maybank 5624 0564 2762 atau hubungi Ustaz Mohamad di talian 013-431 9717.