Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (7 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

803
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 7 Jun.

Menurut laporan itu, tiada kes baharu, kes sembuh atau kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam sama seperti kelmarin.

Seluruh Daerah Jasin juga kekal berada dalam zon hijau kerana tiada kes aktif atau kes baharu dilaporkan di daerah itu semenjak 30 Mei lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 18 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 14

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 7 Jun.

Menurut KKM, terdapat 19 kes baharu dilaporkan seluruh negara semalam. Enam daripadanya adalah kes import, manakala 13 kes berlaku dalam kategori penularan tempatan. Bagi penularan tempatan pula dua kes adalah daripada bukan warganegara sementara baki 11 kes lagi adalah warganegara.

Tambah laporan itu lagi dua kes penularan tempatan melibatkan bukan warganegara, masing satu kes berlaku di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sementara 11 kes melibatkan warganegara pula, enam kes dikesan di Selangor, dua kes di Kuala Lumpur, satu kes di Negeri Sembilan, dan dua kes di Sabah.

Laporan itu juga menyatakan 39 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,674 atau bersamaan dengan 80.20 peratus.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8322
Kes Baharu : 19
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1551 1531
Kes ICU : 5
Kes Sembuh Baharu : 39
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6674
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 117


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)