Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah menyokong cadangan bekukan lesen penjualan arak

709
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
8 JUN 2020 | 16 Shawal 1441h

  1. Dewan Pemuda PAS Kawasan Negeri Kedah menyokong penuh usaha membanteras pemandu mabuk yang sedang diusahakan Kerajaan sekarang.
  2. Kenyataan MP Padang Serai seperti yang disiarkan MalaysiaKini sangat tidak berasas. Arak tidak akan mengurangkan masalah dadah dan dadah tidak akan mengurangkan masalah arak. Keduanya adalah masalah berkembar yang mesti diperangi.
  3. Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai menyokong tindakan baik berhubung isu ini seperti beberapa reaksi dan tindakan awal yang telah diambil oleh pihak Kerajaan, antaranya :

i. Berita Harian bertarikh 29 Mei 2020 : Cadangan pindaan Akta 433 dibawa ke sidang Parlimen terdekat – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

ii. Berita Harian bertarikh 30 Mei 2020 : PM arah pinda akta hukuman lebih berat pemandu mabuk.

iii. Bernama bertarikh 1 Jun 2020 : Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak – Menteri Wilayah Persekutuan

iv. Berita Harian bertarikh 2 Jun 2020 : Sedia timbang cadangan kaji semula undang-undang jual arak – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  1. Kami juga menyokong penuh usaha yang dilakukan diperingkat Parti Islam Se-Malaysia sendiri seperti:

i. Kertas Cadangan Polisi “Tangani Isu Pemandu Mabuk di Malaysia” yang disediakan oleh Institut Penyelidikan dan Strategik Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

ii. Kertas Cadangan Pembangunan Polisi Penyalahgunaan Alkohol Kebangsaan yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dan diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

  1. Kami menyeru kepada semua masyarakat islam di Malaysia menyokong segala tindakan baik Kerajaan bagi menangani isu arak yang semakin membarah ini.

“Demi Islam”

Ustaz Nasrun Bin Othman
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah