Home Berita PAS Wilayah

Sembah Takzim Sempena Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Yang Di-Pertuan Agong XVI

1871
SHARE

Dengan penuh takzim, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada hari Isnin, 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Ahli Muslimat PAS Wilayah Persekutuan sekalian menjunjung kasih kesantunan Kebawah Duli Tuanku dalam memerintah negara dan menaungi rakyat jelata dengan penuh adil dan saksama.

Semoga Allah SWT merahmati Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan keluarga diberkati dengan kesihatan serta dilimpahi taufik hidayah untuk memerintah negara. Amin.

Allahuakbar! Daulat Tuanku!

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN