Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (3 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

430
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 3 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu, kes sembuh dan kes kematian direkodkan di Negeri Melaka semalam.

Untuk rekod, Daerah Jasin kekal berada di dalam zon hijau semenjak 30 Mei. Sementara Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah masih berada dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 18 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 210 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 3 Jun.

Menurut laporan itu, terdapat 93 kes baharu dilaporkan semalam dan kesemuanya melibatkan penularan tempatan. Tiada kes import dilaporkan.

Tambah laporan itu lagi, 91 daripada 93 kes adalah melibatkan bukan warganegara. 55 dari kes melibatkan bukan warganegara ini dilaporkan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sementara 36 kes lagi berlaku di Negeri Sembilan.

Laporan itu juga menyatakan hanya dua kes sahaja adalah melibatkan warganegara. Kedua-dua kes warganegara ini dilaporkan dari Selangor.

Selain itu, laporan itu juga menyebut 61 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,531 bersamaan 81.94 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7970
Kes Baharu : 93
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1324
Kes ICU : 6
Kes Sembuh Baharu : 61
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6531
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)