Home Artikel PAS Perak

Usrah Online Eratkan Ukhwah Ameerah Tambun

616
SHARE

Perlaksanaan program yang terhad susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seharusnya tidak mematahkan semangat Ahli PAS menjayakan usrah bulanan biarpun tidak dapat bersua muka, demikian ulas Ketua Ameerah Kawasan Tambun, Nuradila Mohd Kamal.

“Sebagai sebuah parti yang mengutamakan dakwah dan pembentukan peribadi pejuang, amilin PAS hendaklah komited melaksanakan program-program tarbiyah bagi mengisi waktu terluang sepanjang tempoh PKPB ini.

“Usrah merupakan asas kekuatan jemaah PAS. Oleh hal sedemikian, usaha untuk meneruskan usrah sekurangnya sebulan sekali amat wajar dilaksanakan bagi semua peringkat khususnya anak muda,” ujar beliau.

Jelas Nuradila, wabak pandemik Covid-19 bukan sahaja membawa impak besar kepada semua pihak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan keluarga, namun ia juga telah membawa senario baharu dalam mengikuti arus pemodenan dunia.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah Ameerah Negeri Perak menyatakan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir tiga bulan ini, sedikit sebanyak telah memberi pendedahan dan pendekatan baharu buat seluruh masyarakat seperti pembelajaran dan mesyuarat dalam talian dan sebagainya.

“Di peringkat Ameerah Tambun ini, Alhamdulillah usrah bulanan berjalan dengan lancar termasuk dalam tempoh PKP hasil usaha dan kerjasama Ketua Unit Latihan dan Tarbiyah Ameerah Tambun, Nawwal Jamri,” terang beliau.

Kongsinya, seramai hampir 30 ahli Ameerah Kawasan Tambun turut serta dalam pertemuan usrah online¬†baru-baru ini bertajuk ‘Aspirasi Muslimat muda Haraki’ menampilkan seorang naqibah jemputan khas daripada pimpinan tertinggi Ameerah Kelantan, Dr Ain Tasnim.