Home Artikel PAS Johor

Semua Pihak Wajar Hormati Titah Sultan Johor

459
SHARE

KENYATAAN MEDIA :
SEMUA PIHAK WAJAR HORMATI TITAH SULTAN JOHOR

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor) memandang serius terhadap titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang memberi amaran bahawa baginda akan membubarkan DUN jika perebutan kuasa masih berlaku di negeri Johor.
2. PAS Johor yakin bahawa titah DYMM Sultan Johor telah mengambil kira kepentingan rakyat yang perlu diberikan keutamaan berbanding kepentingan politik yang diperjuangkan oleh sesetengah daripada pihak di Johor.
3. PAS Johor menzahirkan sokongan agar pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang sedia ada berjalan dengan baik dan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan semua rakyat diteruskan.
4. PAS Johor turut menyelar kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh PH Johor lewat petang tadi yang dilihat cuba mencabar titah Sultan Johor yang masih lagi dilihat tidak akur dengan amaran tersebut.
5. Dalam masa yang sama, PAS Johor sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku pembubaran DUN dan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya DUN Johor dibubarkan.
Sekian. Wassalam.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN
MAKMUR JOHOR

USTAZ ABDULLAH BIN HUSIN
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor