Home Artikel PAS Melaka

PAS Tangga Batu Kunjung Hormat Tuan Guru Zulkifli Ismail

239
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU : PAS Kawasan Tangga Batu telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Dewan ulamak PAS Melaka, Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail di Baitul Qurro’ di sini, malam tadi.

Kunjungan ini yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Bakri Jamaluddin, adalah sebagai tanda bagi menzahirkan ucapan tahniah kepada Ustaz Zulkifli yang telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Melaka.

Menurut Ustaz Zulkifli, beliau tidak menyangka dengan pelantikan ini kerana baginya masih terdapat individu yang lebih layak untuk memegang jawatan ini.

Namun, setelah mendapat pandangan dan nasihat dari pelbagai pihak termasuk pimpinan PAS Pusat, maka beliau bersetuju untuk menerima pelantikannya menyertai Majlis Fatwa Negeri Melaka.

Selain itu, pihak PAS Kawasan Tangga Batu turut mengambil kesempatan dalam pertemuan ini bagi mendapatkan nasihat dan pandangan untuk menghadapi situasi politik semasa khususnya dalam kawasan Tangga Batu ini.

Di akhir pertemuan, Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Zulkifli sebagai kenang-kenangan.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Hanim Abas, Setiausaha PAS Kawasan, Hassan Md Dahan serta beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tangga Batu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)