Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (23 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

844
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 23 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu dilaporkan di semalam menjadikan kes keseluruhan bagi Negeri Melaka kekal sebanyak 256 kes.

Satu kes kesembuhan baharu dilaporkan semalam dari kategori kes import menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan bertambah menjadi 230 kes.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 21 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15 (1 sembuh)

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 230 orang
Sedang dirawat : 21 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Baru : 2
Duyong : 1
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 23 Jun.

Menurut KKM hanya tiga kes baharu direkodkan semalam, semuanya adalah dari kes tempatan di mana satu kes melibatkan warganegara dua kes lagi bukan warganegara.

Tambah KKM lagi satu kes melibatkan warganegara direkodkan di Sabah sementara dua lagi yang melibatkan bukan warganegara masing-masing satu kes direkodkan di Sabah dan Negeri Sembilan

Sementara itu sembilan pesakit dilaporkan telah sembuh dan discaj semalam menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,186 kes sementara kadar kesembuhan meningkat kepada 95.30 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8590
Kes Baharu : 3
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 283
Kes ICU : 3
Kes Sembuh Baharu : 9
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8186
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)