Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (22 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

666
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 22 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu, kes kesembuhan baharu dan kematian baharu direkodkan di Melaka semalam.

Tambah laporan itu lagi seramai 21 orang pesakit masih di dalam rawatan dengan 16 dari mereka adalah dari kategori kes import.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 256/21 orang
• Melaka Tengah : 61/4 orang
• Alor Gajah : 32/1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 87/16

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 229 orang
Sedang dirawat : 21 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Baru : 2
Duyong : 1
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 22 Jun.

Menurut KKM sebanyak 15 kes baharu dilaporkan semalam melibatkan dua kes import dan 13 kes tempatan di mana kesemua kes jangkitan tempatan ini hanya melibat kes dari bukan warganegara.

KKM juga menyatakan bahawa daripada13 kes penularan tempatan 12 kes direkodkan di Negeri Srmbilan dan satu kes di Selangor.

Menurut KKM lagi, seramai 21 pesakit telah sembuh dan discaj senalam menjadikan kadar kesembuhan adalah 95.23 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8587
Kes Baharu : 15
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 289
Kes ICU : 2
Kes Sembuh Baharu : 21
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8177
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)