Home Artikel PAS Wilayah

PAS Bukit Bintang Bantu Rakyat Berkeperluan.

590
SHARE

Oleh: Fathiah Malek

PUDU – PAS Kawasan Bukit Bintang terus komited membantu warga setempat yang memerlukan bantuan.

Terbaru, sumbangan barangan dapur yang disumbangkan oleh pihak kebajikan masyarakat telah berjaya disalurkan kepada 120 orang penerima 21 Jun lalu di Perkarangan Perumahan Awam Jalan Hang Tuah, Pudu, Kuala Lumpur.

Penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai bangsa dan di antara mereka ialah warga emas, ibu tunggal dan golongan OKU yang kurang berkemampuan.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Hj Azemi Azman Johari dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh selain AJK PAS Kawasan Bukit Bintang dan AJK Surau Madrasatul Islamiah Hang Tuah yang turut sama hadir di majlis berkenaan.

Selain daripada aktiviti sumbangan, PAS Kawasan Bukit Bintang juga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan AJK surau setempat untuk usahasama program-program lain untuk manfaat masyarakat sekitar.

“Antara program yang akan dirancang ialah kelas-kelas pendidikan seperti kelas feqah, kelas mengaji atau kelas tuisyen kepada penduduk di sini”, jelas Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Bintang, Nurul Asyikin Md Azli.