Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (20 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

699
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 20 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan semalam menjadikan semalam sebagai hari ketujuh berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu Covid-19 sejak 13 Jun lepas.

Laporan itu juga menyatakan terdapat satu kes sembuh baharu direkodkan semalam daripada kategori kes import menjadikan baki kes aktif keseluruhan ialah sebanyak 22 kes.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 22 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 17

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 228 orang
Sedang dirawat : 22 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bukit Baru : 2
Duyong : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 20 Jun.

Menurut KKM, sebanyak 21 kes baharu direkodkan semalam melibatkan dua kes import dan 19 kes penularan tempatan di mana daripada 19 kes penularan tempatan itu 12 kes adalah warganegara sementara tujuh kes lagi bukan warganegara.

Daripada 12 kes penularan tempatan melibatkan warganegara, 10 kes dikesan di Selangor dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Sabah sementara tujuh kes bukan warganegara pula kesemuanya direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara bagi kes sembuh pula sebanyak 76 kes discaj dilaporkan semalam menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,146 kes.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8556
Kes Baharu : 21
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 289
Kes ICU : 3
Kes Sembuh Baharu : 76
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8146
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)