Home Berita PAS Wilayah

PAS Prihatin Kebajikan Murabithun

854
SHARE

PAS Prihatin Kebajikan Murabithun

20 Jun 2020

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

KUALA LUMPUR – Program Ziarah Syifa’ telah berjaya dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) dan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di Hospital Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), kelmarin.

Pesakit yang diziarahi kali ini merupakan wartawan Harakah, Adnan Ibrahim, 56 tahun yang menghidap kencing manis dan beberapa penyakit lain.

Ziarah Syifa’ ini dihadiri oleh Bendahari PAS Pusat, Dato’ Ir Haji Iskandar Abdul Samad, Ketua DMPM, YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh, Pengerusi LKKPP, Dr Rosni Adam, Timbalan Pengerusi II LKKPP Mohd Yusoop Abd Hamid dan Ahli Jawatankuasa LKKPP, Zurina Din.

Rombongan tersebut disambut oleh isteri Adnan, Saidah Hairan yang juga menerima sumbangan murabitun dari Dr Rosni Adam bagi pihak suaminya.

Sebagai seorang perawat Islam bertauliah, Dr Rosni Adam turut mengambil peluang membacakan Doa Syifa’ bagi mendoakan kesembuhan Adnan.

“Semoga Saudara Adnan kuat dalam kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT atas ujian dan ikhtiar yang sedang dijalani,” ujar beliau setelah mengakhiri doa.

Dr Rosni Adam juga menzahirkan komitmen LKKPP untuk mengusahakan bantuan-bantuan yang boleh disalurkan bagi rawatan Adnan Ibrahim yang seterusnya.