Home Artikel PAS Sabah

PAS Sabah berjaya santuni masyarakat terjejas sepanjang PKP Covid 19

850
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain
20 Jun 2020

SANDAKAN : Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19, PAS Sabah telah berjaya menyantuni masyarakat yang terjejas disamping barisan hadapan bagi menghadapi pandemik ini.

Pengerusi Task Force PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika ditemui hari ini di Taman Indah Jaya, dekat sini menyatakan jentera mereka telah digerakkan di seluruh negeri sejak awal PKP dikuatkuasakan pada Mac lalu.

Antara bantuan yang diberikan termasuklah lebih 50,000 pek makanan, hampir 5,000 ayam segar, 200 pek susu disamping sumbangan kepada barisan hadapan dalam bentuk ‘face shield’, kipas angin, pemeriksa tekanan darah dan lain-lain.

“Komitmen tidak berbelah bahagi ini sebagai tanda PAS prihatin dengan masyarakat Sabah yang terjejas tanpa mengira fahaman agama, politik dan bangsa,” jelas Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Tambahnya, jentera PAS dari seluruh negeri telah dikerah termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Kudat, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan lain-lain sebagai bukti kebersamaan PAS dengan masyarakat yang dilanda musibah.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan dan pertolongan bagi menjayakan misi kebajikan ini.

“Ada yang dermakan wang ringgit, sumbang beras, gula dan macam-macam lagi, semua ini kita (PAS) amat hargai, semoga Allah ganti dengan pahala berlipat ganda,” ujarnya lagi.