Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (2 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

458
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 2 Jun.

Menurut laporan itu terdapat hanya satu kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam dan ia adalah dari kategori kes import.

Selain itu, menurut laporan itu juga tiada kes sembuh dan kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.

Untuk rekod, Daerah Jasin kekal berada di dalam zon hijau semenjak 30 Mei. Sementara Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah masih berada dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 18 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15

Kes baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 210 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


 

Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 2 Jun.

Menurut laporan itu, daripada 20 kes baharu yang dilaporkan semalam, 15 kes melibatkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu China, India, Mexico, Mesir dan Arab Saudi. Sehingga kini, terdapat 523 kes positif dikesan daripada pengembara dan pemastautin tetap Malaysia.

Tambah laporan itu lagi, baki lima kes lagi adalah kes penularan tempatan. Tiga darinya adalah melibatkan bukan warganegara. Hanya dua kes sahaja dari keseluruhan 20 kes baharu adalah melibatkan warganegara.

Sementara bagi tiga kes yang membabitkan ‘bukan warganegara Malaysia’ pula, laporan itu menjelaskan, satu kes dikesan di Kuala Lumpur dan dua lagi di Selangor. Bagi dua kes membabitkan ‘warganegara Malaysia’ pula, satu kes dikesan di Sabah dan satu lagi kes di Negeri Sembilan.

Menurut laporan itu juga 66 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,470 bersamaan 82.14 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam juga berkata, lebih banyak sektor akan dibuka jika kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan setiap hari kekal pada satu atau dua digit.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7877
Kes Baharu : 20
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1292
Kes ICU : 6
Kes Sembuh Baharu : 66
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6470
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)