Home Artikel PAS Sabah

Tangisan di pagi Syawal, perginya seorang murobbi

1624
SHARE

Ahmad Faidhi Mawardi
2 Jun 2020

PUTATAN : Lazimnya kehadiran 1 Syawal disambut dengan gembira oleh umat Islam tetapi keadaan berbeza bagi keluarga arwah Ustaz Zainal Malik.

Pada 24 Mei yang lepas telah kembali ke pangkuan Rabbnya seorang pendakwah bebas yang cukup disegani, Ustaz Zainal Malik.

Berita pemergian Ustaz Zainal telah disampaikan oleh anaknya Ahmad Ghozi  Afnan.

“Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar pukul 3.30 pagi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

” Allahyarham telah berada di Hospital sejak awal Ramadan kerana menghidap kanser paru-paru” jelas Ahmad Ghozi Afnan.

Ahmad juga memberitahu bahawa jenazah allahyarham  selamat disempurnakan di rumahnya di Kg. Sri Pandan, Putatan dan  disolatkan di Masjid Al-Hilal, Tg. Dumpil Putatan.

Beliau juga menyatakan bahawa  urusan pengebumian dilaksanakan pada  pukul 10.00 pagi hari tersebut dan  dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Contoh, Tg. Dumpil Putatan.

Enam anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Putatan diketuai oleh Komandan Mohd Azri Ridhwan @ Melvin George, telah membantu   melancarkan pengurusan sehingga  jenazah  dikebumikan.

“Bagi pihak Jabatan Amal Putatan saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

“Pada saat kita sedang bergembira di Hari Raya, keluarga Allahyarham dalam kesedihan.

” Marilah kita sama-sama  mendoakan  keluarga arwah agar tabah dan sabar di atas ujian ini.

” Dan juga marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah serta berdoa semoga  roh arwah tergolong dalam kalangan roh orang-orang soleh” kata Azri.