Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (1 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

390
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 1 Jun.

Menurut laporan itu terdapat 13 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam dan kesemuanya adalah dari kategori kes import. Kes import adalah kes jangkitan yang berlaku di luar negara dan individu yang terkena jangkitan itu baru pulang atau memasuki negara ini.

Daripada keseluruhan 81 mukim di Negeri Melaka hanya tiga mukim yang masih mencatatkan kes aktif iaitu Mukim Alai dan Mukim Sungai Udang di Melaka Tengah dan juga Mukim Pulau Sebang di Daerah Alor Gajah dengan masing-masing merekodkan satu kes dari setiap mukim. Daerah Jasin kekal dalam kategori hijau kerana tidak merekodkan sebarang kes aktif.

Selain itu, menurut laporan itu juga tiada kes sembuh dan kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 17 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 14

Kes baharu : 13
Kes sembuh (keseluruhan) : 210 orang
Sedang dirawat : 17 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 1 Jun.

Menurut laporan itu daripada 38 kes baharu yang dilaporkan semalam, 26 kes adalah melibatkan kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara iaitu Indonesia, United Kingdom dan Mesir.

Laporan itu juga menyebut 12 kes lagi adalah penularan tempatan iaitu enam adalah ‘bukan warganegara Malaysia’ dan enam lagi adalah ‘warganegara Malaysia’.

Bagi enam kes membabitkan ‘bukan warganegara Malaysia’, empat kes dikesan di Kuala Lumpur dan dua kes di Negeri Sembilan. Sementara enam kes membabitkan ‘warganegara Malaysia’, empat kes dikesan di Selangor, satu kes di Kuala Lumpur dan satu kes lagi di Sabah.

Tambah laporan itu lagi, 51 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,404 bersamaan 81.51 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7857
Kes Baharu : 38
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1338
Kes ICU : 8
Kes Sembuh Baharu : 51
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6404
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)