Home Artikel PAS Wilayah

Selamat Menyambut Ulangtahun Tentera Udara Diraja Malaysia, Kali Ke-62.

234
SHARE

PAS Kawasan Titiwangsa ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa & pengorbanan Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menjalankan tanggungjawab besar mempertahankan keamanan dan kedaulatan ruang angkasa negara daripada segala anasir durjana.

Kami berbangga mempunyai Angkatan Tentera udara yang sentiasa bersedia menangani isu keamanan negara dengan menjaga ruang udara di Malaysia daripada dicerobohi.

Akhir kata, TUDM, anda ialah wira kami di angkasa raya. Doa kami sentiasa mengiringi semua anggota TUDM dan kami berterima kasih atas segala pengorbanan anda. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang menjalankan tugas untuk Negara, Agama dan Bangsa.

“Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga”

Islam Memimpin Perpaduan

Yang benar,

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa.
1 Jun 2020 | 9 Syawal 1441H

#TUDM
#Covid19
#DudukRumah
#KitaJagaKita
#MalaysiaSejahtera
#pastitiwangsa