Home Artikel PAS Kedah

Laporan polis Dewan Pemuda PAS Kedah berhubung buku menghina Jata Negara

189
SHARE

ALOR SETAR – Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah membuat laporan polis berhubung kulit hadapan sebuah buku yang didakwa menghina Jata Negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Nurul Amin Hamid berkata, isu sebegini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam.

“Saya berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat secara terperinci berhubung kes ini dan mengambil tindakan yang tegas kepada individu yang terlibat,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Abdul Hadi Omar, Setiausaha Pemuda MCA, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ikram Zaki dan Khairul Anwar.

Sementara itu, Nurul Amin berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang telah mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan tegas terhadap pereka grafik kulit buku berkenaan.

“Kita minta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pereka yang menghina lambang negara, Ia bukan soal agama dan bangsa, tapi soal tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang memandang serius terhadap isu ini,” katanya.