Home Artikel PAS Sabah

Jabatan Amal dan Briged Muslimat Putatan bantu bersihkan sampah di pantai

434
SHARE

Ahmad Faidhi Mawardi
30 Jun 2020

PUTATAN : Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat Kawasan Putatan turut serta menjayakan “Program Beach Clean Up” anjuran Trash Hero Borneo dengan kerjasama Majlis Daerah Putatan semalam.

Seramai 5 anggota Amal dan 3 anggota Briged Muslimat diketuai oleh Komander Jabatan Amal Putatan, saudara Mohd Azri Ridhwan turut terlibat dalam program kali ini

Program yang bermula jam 8.00 pagi itu melibatkan kerja-kerja pembersihan Pantai Jabatan Kerja Raya (JKR) Putatan.

Penyertaan memberangsangkan daripada kalangan sukarelawan yang terdiri daripada individu persendirian serta NGO sekitar Putatan.

Sebanyak 1 tan metrik sampah berjaya dikumpul.

Komander Amal Mohd Azri Ridhwan berkata sampah pepejal yang terbina daripada pelbagai kategori tersebut dan telah terbenam sejak bertahun-tahun lamanya.

Menurut Mohd Azri sampah-sampah tersebut seperti botol plastik , lampir pakai buang, tayar tersebut sangat berbahaya kerana sifatnya yang bertoksik dan menjejaskan pantai dan laut.

“Keadaan sampah yang tertanam dalam pasir mengakibatkan kesukaran mengutip sampah di pantai ini, menyebabkan sampah sukar diasingkan daripada pasir .

” Program ini sangat signifikan dan baik untuk diteruskan. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak tanpa mengira agama atau kaum untuk menjaga kebersihan pantai kita,” kata Azri.