Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (30 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

416
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA, 1 Julai : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 30 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam menjadikan semalam hari ke sepuluh berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu semenjak 22 Jun lepas.

Tambah laporan itu lagi sebanyak tiga kes sembuh baharu direkodkan semalam menjadikan kes aktif yang masih dirawat kini hanya tinggal satu kes dari Mukim Bandar Melaka, Daerah Melaka Tengah.

Daerah Alor Gajah dan Jasin semalam kekal di dalam zon hijau sementara Daerah Melaka Tengah pula masih kekal di dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 1 orang
• Melaka Tengah : 1 orang
• Alor Gajah : Tiada
• Jasin : Tiada
• Kes import : Tiada

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 3
Kes sembuh (keseluruhan) : 250 orang
Sedang dirawat : 1 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 28

ALOR GAJAH (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 29 Jun.

Menurut KKM hanya dua kes baharu direkodkan semalam melibatkan satu kes penularan tempatan dan satu kes import di mana bagi kes penularan tempatan ia dikesan di Sabah sementara kes import pula dikesan di Selangor.

Tambah KKM lagi sebanyak 20 kes sembuh baharu telah direkodkan semalam menjadikan kes kesembuhan keseluruhan adalah sebanyak 8354 kes sementara 164 kes aktif masih dirawat.

KKM juga memaklumkan tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 121 kes atau 1.4 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8639
Kes Baharu : 2
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 164
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 20
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8354
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)