Home Berita PAS Kelantan

Ladang Solar Terapung bersama Akuakultur DTU, kedua terbesar di dunia

392
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

PASIR MAS, 29 Sept: Perkembangan terkini pelaksanaan projek solar terapung seluas 164 ekar kelolaan Kelantan Utiliti Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) dan Cypark Resources Berhad (Cypark) di Danau To’ Uban berjalan lancar dengan pemasangan lapan buah pulau.

Selepas lengkap pemasangan baki 12 pulau lagi, Danau To’ Uban Eco Green Park seluas 1,100 ekar menjadi pusat pelancongan bergaya moden kedua terbesar di dunia selepas Projek Solar Akuakultur Terbesar Dunia di Cixi, Zhejiang, China berkeluasan 1,300 ekar.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail memaklumkan, projek bernilai RM500 juta itu adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk merealisasikan visi Pembangunan Mampan Negeri Kelantan.

“Ladang solar terapung di atas permukaan tasik DTU berkapasiti 100MW DC (60MW AC) tenaga solar terapung berskala besar terdiri daripada 247,830 panel solar yang akan menjana 259,004 MWh kuasa setahun dan berupaya menyalurkan tenaga kuasa elektrik kepada kira-kira 86,000 isi rumah dan menjimatkan purata 178,713 tan metrik karbon dioksida setiap tahun”, katanya ketika dihubungi.