Home Berita PAS Kelantan

Pengisian rohani serikan Majlis Hari Haul

50
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KUBANG KERIAN, 29 Sept: Majlis Hari Haul 1443H/2021M
anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Pertubuhan Kerabat D’Raja Al-Muhammadi Kelantan berlangsung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, semalam.

Pengisian kerohanian dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa dipimpin oleh Mufti Kelantan, YB Sahibu Samahah Dato’ Mohamad Shukri Mohamad, menyerikan majlis selama satu jam itu untuk memperingati almarhum KDYMM Al-Marhum Sultan Muhammad IV (1870-1920), KDYMM Al-Marhum Sultan Ismail (1880-1944), KDYMM Al-Marhum Sultan Ibrahim (1897-1960), KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra (1917-1979) dan KDYMM Al-Marhum Sultan Ismail Petra (1949-2019).

Program tersebut bersiaran secara langsung menerusi facebook rasmi pihak penganjur.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Dato’ Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Nazran Muhammad dan kenamaan lain.