Home Berita PAS Kedah

Kunjungan hormat duta Austria bertemu MB Kedah bersama deligasi pelabur

57
SHARE

ALOR SETAR, 22 Jun : YAB Tn Hj Muhamad Sanusi Md Noor telah mengadakan perbincangan bersama deligasi pelabur Austria yang diketuai Duta Besar Austria ke Malaysia H.E Mr Michael PostI di Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman pagi tadi.

Turut hadir adalah YB Dato’ Paduka Amar Dato’ Sheikh Mahmood Naim (Setiausaha Kerajaan Negeri), YB Dato Wira Dr Ku Abdul Rahman Ismail (Exco Pelaburan), Tn Hj Sahil Zabidi (CEO KTPC), Dato’ Norizan Khazali (Timb SUK -Pembangunan) Hj Muhamad Sobri Othman (MBI), wakil MIDA, Invest Kedah, dan Ketua Pegawai Operasi serta pegawai-pegawai kanan syarikat Austria Technologie & Systemtechnic AG (AT&S).

AT&S adalah merupakan pengeluar utama dunia bagi produk high-end printed circuit boards (PCB) dan integrated circuit (IC) substrates.

InsyaAllah hasil perbincangan ini akan membuahkan khabar gembira buat warga Kedah dan Malaysia dalam sektor peluang pekerjaan bagi tenaga kerja mahir dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Kedah dan Malaysia.

Sekurang-kurangnya 5000 orang jurutera dalam disiplin berkaitan diperlukan oleh syarikat ini dalam fasa pertama yang akan mula beroperasi pada 2024. Fasa berikutnya akan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah dan rakyat Malaysia amnya. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan dan memberkati usaha ini.