Home Artikel PAS Kedah

KP PAS Kedah santuni mangsa banjir

239
SHARE

PADANG TERAP – Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid mengiringi ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin menyampaikan bantuan banjir di Kampung Kubang Bemban dan Kampung Tandop Besar, Padang Terap.

Sumbangan berbentuk makanan dan keperluan asas tersebut disampaikan agar dapat membantu yang terlibat bertahan dengan bekalan yang terputus sementara menantikan bantuan dari pihak berkuasa.

Turut hadir ahli Jabatan Amal Kawasan Padang Terap membantu meringankan bebanan keluarga yang terlibat banjir.