Home Artikel PAS Sabah

PAS Papar tubuh cawangan PAS Kampung Kelanahan dan Kampung Kuala

1131
SHARE

Natasya Samsure

11 September 2020

PAPAR: PAS kawasan Papar telah menubuhkan lagi dua buah cawangan PAS di Kampung Kelanahan dan Kampung Kuala yang telah dirasmikan pada petang semalam di Dewan Terbuka Kelanahan Rimba, Papar .

Majlis perasmian telah disempurnakan Mohd Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Ustaz Muhammad Najhan Syahir Abd Halim, Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Aliakbar Gulasan, Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Sabah, Abd Salim Karim, Yang Dipertua PAS Papar, Ustaz Muhd Azmi Dalin, Naib Yang Dipertua PAS Papar, Ajamain Ali, Ketua Cawangan Kelanahan Rimba dan Abdul Razak Ahmad, Ketua Cawangan Kg. Kuala.

Mohd Aminuddin Aling dalam ucapan perasmian menzahirkan kesyukuran dan merakamkan kepada PAS Sabah atas penubuhan cawangan sekali gus berharap dapat menarik lebih ramai masyarakat khususnya anak muda yang menyertai PAS dalam meningkatkan syiar dan dakwah Islam.

Pada masa yang sama, Ajamain Ali menyatakan kesungguhan untuk mengembangkan PAS sebagai wadah dakwah di Kg Kelanahan Rimba.

Sementara itu, Abdul Razak Ahmad turut menyatakan kesediaan memikul amanah supaya dakwah dan kebajikan khususnya penduduk Kg. Kuala Papar dapat diperjuangkan.

Dalam program perasmian itu juga diadakan agihan barang keperluan kepada 50 orang asnaf yang turut hadir bagi menjayakan program tersebut .