Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

‘Road Map’ Persediaan PRU 15

282
SHARE

‘Road Map’ Persediaan PRU 15

OLEH : ‘AISYAA YASMIN

KUALA LUMPUR : ‘Road Map’ Persediaan PRU 15 Muslimat Malaysia lebih tertumpu ke arah aspek kebajikan dan perihal kekeluargaan yang berkait rapat dengan institusi wanita.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menerusi Ketua Muslimatnya, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata program-program kebajikan dan menyantuni masyarakat perlu diteruskan di samping meneliti semula kekurangan sebelum ini agar dapat ditambah baik pada masa akan datang.

Antara program yang giat dijalankan sebelum ini ialah berfokuskan kepada golongan miskin, OKU, pesakit, warga emas, armalah iaitu ibu tunggal dan yatim atau lebih dikenali dengan MOSWAY.

Seterusnya, perihal penempatan calon wanita pula beliau berkata DMPM meletakkan kepercayaan kepada pucuk pimpinan PAS bagi menentukan kedudukan dan jumlah calon Muslimat pada PRU-15 akan datang.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan berkenaan soal ini. Penempatan calon Muslimat yang bertanding di kawasan strategik yang mempunyai majoriti pengundi wanita seperti mana yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan PAS diharap dapat membangkitkan semangat juang di kalangan muslimat, serta kemenangan kepada parti.”

Kata beliau ketika mengulas perihal penglibatan Muslimat dalam pilihan raya, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk berkhidmat kepada para pengundi dan masyarakat sekitarnya.

Begitu juga keadaannya dengan para petugas Muslimat yang sentiasa siap sedia untuk melaksanakan gerak kerja jentera pilihan raya, jelas beliau.