Home Berita PAS Kelantan

Koperasi Rakyat Kelantan agih dividen 10 peratus

2036
SHARE

SEBANYAK RM494,532.90 dividen telah dikeluarkan oleh Koperasi Rakyat Kelantan Berhad.

Dividen itu diagihkan kepada 1,333 orang anggota koperasi kali ke-enam itu.

Pengerusi koperasi berkenaan, Sabri Abdullah berkata, ahli koperasi memperoleh dividen sebanyak 10 peratus atas modal syer.

Katanya, pada masa yang sama 9 peratus atas pelaburan diberikan kepada anggota yang layak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 semalam.

Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

Sabri seterusnya berkata, antara punca pembayaran dividen paling tinggi sejak sejarah penubuhan koperasi itu kerana  keuntungan operasi Ar-Rahn.

“Sehingga Julai 2017, dengan pelaburan sebanyak RM6.545 juta, keuntungan daripada kolaborasi di Ar-Rahn Rantau Panjang dan Machang begitu tinggi.

“Dengan hasil berkenaan dividen kepada pelabur dapat ditingkatkan,” ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu, motto koperasi ‘Dari Rakyat Kepada Rakyat’ benar-benar menepati hasrat  dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat.

Yang penting, tambahnya diharap anggota koperasi dapat meningkatkan modal syer dan pelaburan masing-masing.

“Pelaburan dari anggota koperasi akan mengembangkan lagi koperasi pada masa hadapan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2017