Oleh AMAL NABILA
PENDANG – Hampir 200 peserta menyertai Program Konvoi Santai Anak Muda ARC Pendang di Sungai Tiang, Sabtu lalu.
Program ini merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang, Ustaz Saiful Syazwan Shafie berkata, beliau juga tidak menyangka akan mendapat sambutan hangat dari anak muda yang hampir mencecah 200 penyertaan.
“Konvoi ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara ahli ARC, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan masyarakat setempat.
“Program ini juga memberikan ruang kepada Pemuda PAS bersama minat anak muda dalam dunia permotoran,”ujarnya.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Pendang dan Sungai Tiang serta kepada seluruh petugas yang menjayakan program ini.
Cabutan bertuah turut diadakan dan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim dan ADUN Tokai, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman.
Difahamkan, Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid turut mengambil bahagian dalam konvoi bersama anak muda ARC Pendang.
“Program sebegini bukan sahaja mendekatkan diri anak muda kepada minat mereka semata-mata, namun kaedah inilah untuk kita memberikan dakwah dan pendedahan kepada mereka tentang agama. Selaras dengan moto ARC ‘Riadah Ukhuwah dan Dakwah’,” ujar beliau.