Home Berita PAS Kedah

Bumbung rumah pusaka diterbang angin

125
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

KUALA KEDAH – Sebuah rumah pusaka di Kampung Alor Senjaya yang selama ini memberi perlindungan kepada keluarga Shafie, rosak selepas bumbung rumah mereka terbang dibawa angin dalam kejadian ribut yang berlaku semalam.

Kejadian ribut yang berlaku sekelip mata mengejutkan pemilik rumah, Saudara Shafie.

Katanya, rumah pusaka tersebut menyimpan banyak kenangan dan memiliki kedudukan sendiri dalam hidupnya.

Bagi meringankan beban yang dihadapinya, Penyelaras DUN Anak Bukit, Tuan Rashidi Razak menghulurkan sumbangan kepada Saudara Shafie dan mendoakan kesejahteraan untuknya.

Hadir sama, Penghulu Mukim Anak Bukit, Hasnizam Jahari, Setiausaha JPKK, Saudara Ridzuan.