Home Berita PAS Kelantan

Kontinjen Kelantan diharap harumkan nama negeri – Exco Sukan

108
SHARE

KOTA BHARU, 5 Oktober: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat hadir pada Majlis Pelepasan Kontinjen E-Sport Kelantan ke Kejohanan E-Sukan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Kompleks Belia dan Sukan Panji, semalam.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Kelantan dan berharap dapat mengharumkan nama negeri dengan kejayaan cemerlang.

Seramai 13 pemain terbabit dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Oktober 2022 di Dewan Sri Siatan, Putrajaya.