Home Berita PAS Kelantan

180 ribu peserta dijangka memeriahkan HSN 2022

30
SHARE

KOTA BHARU, 5 Oktober: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan YB Wan Roslan Wan Hamat menjangkakan 180 ribu peserta akan memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kelantan 2022.

Beliau memaklumkan 40 acara sukan akan diperatndingkan pada 7 hingga 9 Oktober 2022 di MYDIN Mall Tunjong.

“Kita harap semua masyarakat di negeri Kelantan hadir sama menonton dan menjayakan pelaksanaan Hari Sukan Negara dalam merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan negara bersukan,” katanya melalui Segmen Kecek Kiro Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2022, Isnin lalu.

Program tersebut dikendalikan DJ Suhaila di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan yang membicarakan topik pelaksanaan HSN di peringkat negeri pada tahun ini.