Home Berita PAS Kedah

Komuniti Teluk Jamat bantu penduduk terima vaksin

22
SHARE

Oleh WAN AMIRUL

POKOK SENA, 30 Jun : Gelombang penduduk Malaysia untuk menerima vaksin kian meningkat, hari ini seramai 251 penerima vaksin telah berdaftar di Masjid AlHuda, Teluk Jamat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim, menyatakan bahawa masjid ini merupakan masjid pertama di Negeri Kedah yang menjadi Pusat Penerimaan Vaksin (PPV).

Tambahnya lagi, kerjasama dari semua pihak di dalam komuniti, bermula dari peranan institusi masjid, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan semua masyarakat sangatlah penting bagi menjayakan program ini, ulas beliau ketika ditemui.

Seramai 25 petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah hadir dan diketuai oleh Pegawai Perubatan, Dr Ainul Mardhiah bt Chi Habuddin bagi melancarkan proses vaksinasi.

Menurut beliau, program vaksinasi berkelompok kali ini bagi menyelesaikan golongan sasar fasa kedua iaitu dari golongan warga emas.

Beliau sempat merakamkan ucapan terimakasih kepada ADUN Bukit Pinang, Wan Romani atas perhatian dan sedikit sumbangan kewangan sebagai saguhati kepada semua petugas yang hadir.

Turut hadir melihat proses vaksinansi Pegawai Daerah Pokok Sena, Tn Hj Ahmad Bawadir bin Hj Abdul Ghani, Penghulu Kampung Mukim Tualang, Sdr Salleh bin Mahmud dan Pengerusi JPKK Telok Jamat, Sdr Abdul Rahman bin Razali.

Pengerusi Masjid, Tn Hj Mohammad bin Abdullah yang merupakan Tuan imam di sini menyatakan rasa syukur kerana dengan kerjasama yang baik dari semua pihak program hari ini berjalan dengan lancar.

Turut bertugas menjayakan program hari ini ialah petugas sukarelawan dari Jabatan Amal Malaysia dan Anggota Rela, katanya.

Seorang penerima vaksin warga emas yang ditemui, Saleha bt Desa (96) menyatakan bahawa beliau tidak berasa takut untuk di vaksinkan, serta sempat menasihati semua anak muda untuk berdaftar bagi menerima vaksin.