Home Artikel PAS Melaka

Komen Editor Melaka : Selamat Hari Wartawan Nasional

525
SHARE

Alhamdulillah, hari ini adalah Hari Wartawan Nasional. Di dalam organisasi Lajnah Penerangan Dan Media Baru (LPMB) PAS Melaka ini wujud satu unit yang dipanggil Unit Berita Dan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) yang diamanahkan kepada saya semenjak pertengahan tahun lepas.

Seusai Pemilihan Jawatankuasa Pusat PAS pada tahun lepas di Kuantan Pahang, PAS Melaka telah membentuk Jawatankuasa Perhubungan yang baharu di mana Haji Bakri Jamaluddin telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Melaka yang baharu.

Selepas itu atas kerja keras beliau satu Jawatankuasa Penerangan Negeri yang menggabungkan tenaga-tenaga yang pakar dalam penerangan telah dibentuk melalui beberapa unit di bawah lajnah ini. Salah satunya adalah Unit Berita Dan Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Satu ‘team’ wartawan telah dibentuk dari seluruh organisasi PAS Negeri Melaka meliputi kawasan-kawasan dan dewan-dewan dan diberi latihan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Kerana itu pada 5 Oktober 2019 bertempat di sebuah resort di Pantai Puteri seramai 39 orang WARM telah menjalani Kursus Asas Kewartawanan yang dikendalikan tokoh penting kewartawanan di dalam PAS iaitu Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob.

Semenjak dari itu WARM tidak menoleh ke belakang lagi, terus bergerak aktif melaporkan berita melibatkan PAS Negeri Melaka.

Selain menghantar berita kepada akhbar rasmi PAS, Harakah, kami juga telah diberi platform CPP Berita PAS, sebuah portal berita di bawah Lajnah Penerangan Dan Media Baru PAS Pusat. Platform portal CPP Berita PAS ini untuk kami siarkan berita bersifat tempatan sementara platform Harakah untuk berita yang melibatkan Pesuruhjaya PAS Melaka dan pimpinan PAS Pusat.

Walau pun masih baru dan bertaraf amatur namun kami komited dan berusaha untuk menghasilkan berita dengan kualiti bertaraf profesional. Kerana itu kami juga telah menetapkan Bernama sebagai panduan kami dari sudut teknikal pemberitaan dan DBP sebagai panduan kami dari sudut bahasa dan ejaan.

Hari ini Unit Berita dan WARM Penerangan PAS Melaka adalah antara yang paling aktif menyumbang berita untuk Harakah dan portal berita CPP Berita PAS.

Visi dan hasrat kami jelas untuk menjadikan Penerangan PAS Melaka sebagai yang terbaik dan terunggul berbanding negeri-negeri lain di dalam bidang pemberitaan dan kewartawanan. Dan kami sentiasa bekerja keras untuk itu.

Terima kasih kepada guru kewartawanan kami Wan Nordin Wan Yaacob (Ketua Pengarang Harakah) dan Azmi Atan (Bekas Penerbit Berita TV3) yang selama ini menjadi mentor membimbing kami.

Selamat Menyambut Hari Wartawan kepada semua wartawan terutama semua Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

“Jika kau seteru, pena ku menjadi peluru”
“Kami menulis bukan kerna nama”

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka
Ketua Unit Berita Dan WARM Lajnah Penerangan Dan Media Baru PAS Melaka