Home Artikel PAS Johor

Arak: DMPNJ Sokong Pengharaman

433
SHARE

Isu Arak: Dewan Muslimat PAS Negeri Johor menyokong kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.

1. Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) menyokong sepenuhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Hjh. Nuridah Binti Mohd Salleh berkaitan tajuk ‘Utamakan Hak Asasi Nyawa’.

2. DMPNJ memandang serius terhadap setiap nyawa yang tidak bersalah dan terkorban akibat kecuaian pemandu mabuk dan kesan negatifnya terhadap peminum serta keluarga mangsa.

3. Di dalam Islam, memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah perkara asas dan menjadi tanggungjawab kita bersama. Justeru, sebarang unsur yang menjurus kepada rosaknya lima perkara itu semestinya dihentikan sama sekali.

4. Tindakan dan hukuman yang lebih berat perlu dikaji semula serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat perlu dipertingkatkan bagi membendung gejala ketagihan arak yang semakin berleluasa.

5. DMPNJ menggesa agar pesalah dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kesalahan yang dilakukan sehingga membunuh insan yang tidak bersalah dan memudharatkan nyawa orang lain. Tuntasnya, apa sahaja cadangan yang membawa kepada kesejahteraan rakyat Malaysia disokong sepenuhnya demi melahirkan generasi pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan negara dengan citra wajah Malaysia baharu yang bebas dari budaya ketagihan arak yang semakin membarah dalam masyarakat mutaakhir ini.
Sekian, terima kasih.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN “.

Fatimah Binti Ismail
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
6 Syawal 1441H/29 Mei 2020.