Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Wartawan Nasional

314
SHARE

Selamat Hari Wartawan Nasional buat semua wartawan di Malaysia.

Wartawan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat dan laporan terkini isu tempatan dan nasional. Wartawan amat dekat di hati masyarakat tambahan pula di era maklumat di hujung jari pada masa kini, masyarakat setia menanti dan mengikuti laporan semasa wartawan di pelbagai medium.

Begitu besar jasa dan tanggungjawab wartawan, walau bekerja di balik tabir, hatta berada di depan lansa kamera, tiap penulisan yang dirangka dan laporan yang disampaikan boleh membentuk corak pemikiran masyarakat.

Semoga para wartawan dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih selaras dengan etika kewartawanan.

Terima kasih atas pengorbanan masa, tenaga dan buah fikiran dalam menjalankan tugas anda sebagai wartawan. Semoga setiap bait kata yang ditutur dan tiap patah kata yang ditulis mendapat ganjaran pahala disisi Yang Maha Bijaksana.

Dr. Najihatussalehah Ahmad
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
6 Syawal 1441H
29 Mei 2020