Home Berita PAS Melaka

KM Melaka jemput rakyat beri idea Belanjawan 2022

106
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 30 Sept: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menjemput rakyat Melaka untuk memberi idea, saranan, pandangan dan cadangan dalam membantu kerajaan negeri merangka Belanjawan 2022 bagi negeri ini.

“Untuk merangka Belanjawan 2022 Negeri Melaka akan datang, saya fikir elok sekali lagi bertanyakan orang Melaka yang menjadi nadi dan kunci kemakmuran Negeri Melaka untuk bersama-sama Kerajaan Negeri Melaka bagi merangka ‘Bajet Rakyat’ yang benar-benar inklusif, selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035).

“Saya sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas yang bernas untuk kita bersama-sama merangka Belanjawan 2022 Negeri Melaka dengan mengambil kira pandangan pakar ekonomi, sektor industri, penggiat industri pelancongan, golongan peniaga, rakan strategik daripada pembangkang sehinggalah pendapat bernas daripada golongan rakyat yang mewakili kelompok B40, M40 dan T20 secara keseluruhan,” ujar beliau.

Menurut Ketua Menteri Melaka itu, rakyat boleh menitipkan sebarang pendapat, idea, cadangan atau saranan di platform media sosial rasmi milik beliau https://www.facebook.com/SulaimanBinMdAliOfficial  seperti yang biasa dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Besarlah harapan saya, agar rakyat Negeri Melaka dapat bersama-sama mencurahkan pendapat serta memberikan idea bagi kita secara bersama membina semula ekonomi dan kemakmuran Negeri Melaka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19,” ujar beliau di dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.