Home Berita PAS Selangor

JAM pantas bertindak: pokok tumbang, rumah penduduk musnah – JAMK Hulu Selangor

43
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

SERENDAH, 30 September – 3 hari lalu, 1 kejadian pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Kg. Tok Pinang, Serendah telah berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat.

Panggilan kecemasan daripada ahli PAS di tempat kejadian telah diterima dan anggota Jabatan AMAL Malaysia Hulu Selangor terus digerakkan ke lokasi.

Anggota AMAL yang baru sahaja selesai menyalurkan bantuan mangsa banjir di Ulu Yam terus bergegas ke lokasi pokok tumbang.

Bahagian tandas rumah terbabit musnah. Pokok yang tumbang telah dipotong kecil menjadi beberapa blok dan dialih keluar daripada rumah mangsa.

Mangsa kejadian merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan AMAL diatas bantuan yang diberikan.

May be an image of 1 person, outdoors and text

Alhamdulillah, Pemuda PAS Hulu Selangor merakamkan penghargaan terima kasih kepada anggota Amal Hulu Selangor yang sentiasa konsisten berkhidmat. Semoga Allah SWT membalas budi dan memberikan ganjaran di akhirat, InsyaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor